My Fwenz

Selasa, 29 Mei 2012

The Wheels of Life

Sedang melayari internet tiba-tiba Nana tertarik dgn satu tajuk ni, Kehidupan Berputar
yes mami pernah cakap life kita ni sentiasa berputar if kita buat jahat kt org , nnt org buat jahat kt kita balik.. or if kita sombong dengan kejayaan /  kekayaan kita mungkin kita akan merasa di tempat bawah plak( miskin / gagal dalam hidup). Mami pernah cakap if semua ni xberlaku pada kita , mungkin akan berputar kepada anak cucu kita.. Kesian mereka kesalahan kita diorg yang tanggung. 
So, jum continue with the topic :

 Kehidupan Berputar
Kehidupan kita bagaikan roda sedang berputar
Kadang-Kadang di atas Kadang-kadang di bawah.

Bila roda kehidupan kita berada di atas, kita di anggap berada dalam posisi yg selesa, bahagia, beruntung, bersama, ketawa, ramai yang menghampiri kita serta segala yang menyenangkan hati. 

Tetapi ingatlah, roda kehidupan akan sentiasa berputar jika kita tersalah langkah,

Mungkin ada kalanya kita mungkin berada di bawah, kita akan di anggap berada dalam posisi yang amat menyakitkan, perit, marah, duka, sakit, air mata kesedihan dan segala macam benda yang terus-terusan dengan kejam tidak mahu memberikan peluang untuk menjalani hidup ini supaya jauh daripada penderitaan. 



Walau apa itu lah di namakan rasa, pengajaran , pengalaman , pengetahuan serta memantangkan utk di jadikan panduan kehidupan seterusnya.

Allah S.W.T  Maha Adil Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala ujian yang datang ada hikmah Nya di mana kita dapat :-
  • Melatih diri agar kuat, tabah, sabar dan teguh.
  • Menguatkan dan memantapkan keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
  • Mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
  • Agar kita sentiasa berdoa, merintih dan memanjatkan munajat kepada Allah SWT.
  • Menyedarkan manusia daripada kelalaian, kealpaan, kesombongan dan keegoaan.
  • Membangkitkan insan yang diuji daripada godaan dan kelalaian nikmat dunia.
  • Musibah adalah sumber pahala dan kebaikan bagi mereka yang bersabar, redha dan beriman dengan Allah SWT disaat musibah menimpanya.
  • Sesungguhnya, takdir Allah SWT tidak pernah silap atau tersasar. Di sana tersembunyi hikmah yang mendalam yang manusia tidak ketahui.
  • Manusia yang sering ditimpa musibah, adalah manusia yang dicintai dan disayangi oleh Allah SWT. Nilai positif yang akan membahagiakan manusia yang melihat musibah daripada kaca mata keimanan.
  • Musibah juga dapat meningkatkan ruh himmah kita tanpa kita sedari. Dengannya, kita akan sentiasa melihat diri dengan penuh teliti, tawaduk dan rendah diri.

2 ulasan:

QueShah berkata...

betul3...... jadi , buat baik berpada2..buat jahat jgn sekali.. huhuhu

Mardiana Marzuki berkata...

hehe itulah, biar org buat jahat kat kita, kita jgn sesekali buat jahat kt orang... kurangkn dosa tingkatkan pahala..