My Fwenz

Isnin, 11 Jun 2012

ROKOK??? KATAKAN TAK NAK!!!!!


Hye,Awak katakan " TAK NAK MEROKOK!!!"
 Setiap sedutan membawa padah.. BUKAN PADA U JER YANG KENA TAPI ,
 I PUN KENA JUGAK OK !!! 
haha khas utk sape2 yg merokok di luar sane tu..

Hehe Actually Entry ni Nana tujukan Khas buat mereka2 yang mengelarkan diri mereka sebagai PEROKOK yang TEGAR atau TIDAK BOLEH HIDUP kalau TAKDE ROKOK,

Haih, Biar betul ke sampai ke situ sekali? Xde ROKOK Xboleh HIDUP, lau Xde UDARA agaknyer mereka boleh HIDUP kot..hehe jangan marah yea..abg2 pakcik2 sekalian...

Korang tahu tak kat dalam ROKOK tu ada ape?? 


 

Korang Paham x?? Hurmmm Nana pun x paham tapi, yang Nana paham yang ada dalam kat dalam sebatang rokok ni semua adalah RACUN!! Racun yang mampu MEMBUNUH perokok dan dalam masa yang sama membunuh orang yang berada sekelilingnya... 

Haih tengok tu, yang tak HISAP ROKOK pun jadi mangsa.. ni Nana x suke ni..

Sanggup ke korang nak biarkan si kecil ni menjadi mangsa ROKOK?? Hurm...
 Fikir-fikirkan laa yea...

Sayangilah diri anda dan keluarga anda.

 
 



Isnin, 4 Jun 2012

Ahad, 3 Jun 2012

Turun Kalori dengan Shopping??


Turun KALORI dengan SHOPPING?? Biar betik?? Hahaha
Tahukah anda dengan hanya BERSHOPPING  sahaja mampu membakar KALORI anda?? Pasti si isteri si ibu dan si gadis2 akan suka akan kenyataan ini dan wahai si suami si ayah si lelaki bersiap sedia laa apabila anda di ajak untuk bershopping oleh si kaum hawaaa yang sudah pasti nafsu mereka untuk bershopping >> TINGGI
dari kaum adam dengan alasan mahu menurunkan KALORI!!! 

Pasti anda tertanya KENAPA SHOPPING itu SIHAT?? SIHAT KER??? Hurmmm....
Actually Shopping itu sihat bagi wanita sbb yeay, dapat Shopping!!! and Sakit bagi lelaki yang terpaksa mengeluarkan belanje. T_T
   Haha sabo jer laaa...yea kaum Adam, hehehe.. actually yang sebenar-benarnya sihat bila anda melakukan activity WINDOW SHOPPING di pusat membeli belah bukan nya menghabiskan duit dgn bershopping. Dengan hanya melakukan window shopping selama 2jam, dapat membantu anda membakar sebanyak  287 Kalori!! Bayangkan dalam seminggu ada melakukan rutin ini 2 kali ( 287 x 2 = 574 Kalori ) ?? Banyak x ?? 
Fikir-fikir laa yea... 
 

*So katakan Jum SHOPPING!! oOoPppSS WINDOW SHOPPING pun ok. ^_^v

Selasa, 29 Mei 2012

The Wheels of Life

Sedang melayari internet tiba-tiba Nana tertarik dgn satu tajuk ni, Kehidupan Berputar
yes mami pernah cakap life kita ni sentiasa berputar if kita buat jahat kt org , nnt org buat jahat kt kita balik.. or if kita sombong dengan kejayaan /  kekayaan kita mungkin kita akan merasa di tempat bawah plak( miskin / gagal dalam hidup). Mami pernah cakap if semua ni xberlaku pada kita , mungkin akan berputar kepada anak cucu kita.. Kesian mereka kesalahan kita diorg yang tanggung. 
So, jum continue with the topic :

 Kehidupan Berputar
Kehidupan kita bagaikan roda sedang berputar
Kadang-Kadang di atas Kadang-kadang di bawah.

Bila roda kehidupan kita berada di atas, kita di anggap berada dalam posisi yg selesa, bahagia, beruntung, bersama, ketawa, ramai yang menghampiri kita serta segala yang menyenangkan hati. 

Tetapi ingatlah, roda kehidupan akan sentiasa berputar jika kita tersalah langkah,

Mungkin ada kalanya kita mungkin berada di bawah, kita akan di anggap berada dalam posisi yang amat menyakitkan, perit, marah, duka, sakit, air mata kesedihan dan segala macam benda yang terus-terusan dengan kejam tidak mahu memberikan peluang untuk menjalani hidup ini supaya jauh daripada penderitaan. 



Walau apa itu lah di namakan rasa, pengajaran , pengalaman , pengetahuan serta memantangkan utk di jadikan panduan kehidupan seterusnya.

Allah S.W.T  Maha Adil Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala ujian yang datang ada hikmah Nya di mana kita dapat :-
  • Melatih diri agar kuat, tabah, sabar dan teguh.
  • Menguatkan dan memantapkan keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
  • Mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
  • Agar kita sentiasa berdoa, merintih dan memanjatkan munajat kepada Allah SWT.
  • Menyedarkan manusia daripada kelalaian, kealpaan, kesombongan dan keegoaan.
  • Membangkitkan insan yang diuji daripada godaan dan kelalaian nikmat dunia.
  • Musibah adalah sumber pahala dan kebaikan bagi mereka yang bersabar, redha dan beriman dengan Allah SWT disaat musibah menimpanya.
  • Sesungguhnya, takdir Allah SWT tidak pernah silap atau tersasar. Di sana tersembunyi hikmah yang mendalam yang manusia tidak ketahui.
  • Manusia yang sering ditimpa musibah, adalah manusia yang dicintai dan disayangi oleh Allah SWT. Nilai positif yang akan membahagiakan manusia yang melihat musibah daripada kaca mata keimanan.
  • Musibah juga dapat meningkatkan ruh himmah kita tanpa kita sedari. Dengannya, kita akan sentiasa melihat diri dengan penuh teliti, tawaduk dan rendah diri.

Rabu, 23 Mei 2012

Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Adik Beradik ( Sulung)

 
Apa yang Nana tahu + pernah baca dari sumber2 tertentu,
nenek moyang kita memang banyak pantang larang dan kepercayaan yang telah mereka amalkan sejak dulu lagi dan telah menjadi adat untuk mereka ikut @ warisi, termasuklah soal mencari pasangan hidup. 
Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.
 
Benar atau tidak, ramai yang mengakui kebenarannya dan ada juga menjadi tanda tanya kebenarannya bagi si dara atau si teruna dalam pencarian pasangan hidup mereka. Seperti family Nana juga, bila berkaitan dengan soal jodoh, banyak persoalan akan ditanya, anak keberapa?Lahir bulan brapa? Sesuai ke tidak dengan kamu? Hurm Nana pun tidak tahu...

Tetapi bila dihalusi ada kebenaran kerana untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir serta urutan kelahiran berdasarkan unsur-unsur kelahiran spt: tanah air api angin.

 
Kepercayaan sekadar satu panduan
 
 Huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga. :
 Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:
 
Sulung dengan sulung
 
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa 
pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
 
Sulung - Tengah
 
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. 
Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung 
sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
 
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi 
pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
 
Sulung - Bongsu
 
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
 
Tengah - Tengah
 
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
 
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
 
Tengah - Bongsu
 
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.
 
Bongsu - Bongsu
 
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.
 
 
^_^v

Selasa, 22 Mei 2012

3 Janji

3 Janji

Berdasarkan 3 syarat :
  1. Sahabat
  2. Kekasih
  3. Suami
Hurm so interesting... hehe hope nana pun dapat mencari sesorg yg sudi menepati 3 syarat ni.

Macam my mummy ckp nk lauu boleh cari la suami yg boleh menganggap kita sbg sahabat , kekasih & isteri..bkn menganggap kita ni sebg isteri semata-mata.. insyaAllah mummy, i'll hope si dia ada syarat2 itu..

Hehe btw jum layan Drama 3 Janji setiap hari Selasa jam 9:00 pm



mesti korg pun suke punyer... 
^_^v


Ada orang x??

Assalamualaikum...

hehe ada org x?

hurm....

hello......

haha...

welcome to my blog x menarik plus yg suram ini

hahaha

coz nana bkn nyer penulis blog yg bagus

haha..

but i'll try my best..